Negara Mat Saleh Lebih “Islamik”?

newzealand

 

Tidak kisahlah melanjutkan pelajaran, melancong, bekerja dan sebagainya di luar negara, pasti terdetik pernyataan diatas. Saya pun begitu.

Ya, saya pun. Terutama apabila ada kisah seorang mat saleh menemani saya dari belakang sewaktu  pulang dari kampus dan kebetulan semasa itu melewati lorong orang mabuk dan malam ‘Friday Night’, saya mula rasa “awwww… baiknya lelaki ni”.

Saya selalu disapa ‘hi/good morning’ paling kurang 5 kali setiap hari.

Saya pernah dapat ‘child fare’ sewaktu hendak menaiki bas. (hehe) Tetapi saya bayar semula selepas itu.

Saya pernah dipelawa menaiki kereta untuk ditumpang kerana barang banyak yang dibawa. (dan semestinya saya menolak.)

Kalau tertinggal barang di kampus, 98% kemungkinan akan jumpa semula di tempat yang sama atau di tempat security guard.

“Tengok negara New Zealand ni, dah lah cantik, bersih dan orangnya peramah pula tu.. Negara kita pula.. Bukan setakat sampah, bayi pun bersepah-sepah.”

“Tengok negara Jepun pula, orangnya sangat tepati masa.. Orang negeri kita pula, janji pukul 2 datang pukul 4..”

“Tengok negara Korea ni pula, dahlah maju, canggih dan kita masih jauh ketinggalan. Bila nak maju ni?”

Ya. Pernyataan-pernyataan di atas semua betul belaka. Cuma, saya ingin membawa kita berfikir secara matang dan dari dimensi yang berbeza. Berfikir dari segi, bagaimana perkataan ‘islamik’ itu didefinisikan.

Adakah cukup dengan kebersihan sahaja, sebuah masyarakat itu dikatakan ‘islamik’?

Adakah cukup dengan ketepatan waktu, rakyatnya itu dikatakan ‘islamik’?

Adakah cukup dengan menjadi negara maju, sebuah negara itu dikatakan ‘islamik’?

“Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.”
(Al-Baqarah 2:208)

Dari segi luaran dan materialnya, ya mereka maju dan kita pun kagum. Tetapi kemajuan fitrah mereka tidak selari dengan kemajuan material yang mereka ada. Jiwa mereka kosong dan tidak mempunyai agenda hidup yang jelas.

Apabila tertekan, minum. Apabila gembira, minum. Apabila malam jumaat, minum. Tidak dilupakan juga budaya seks bebas. (Well, NZ is the most free country on earth) Mereka menjadi hamba nafsu sendiri dan terlalu mengejar kebendaan dunia yang menyebabkan timbul masalah-masalah seperti berikut:

1) http://www.emirates247.com/…/teen-suicides-on-the-rise-due-…

2) http://i.stuff.co.nz/…/the-extreme-ends-of-drug-and-alcohol…

3) http://i.stuff.co.nz/life-style/408263

**********

Jadi, persoalannya adakah negara barat lebih “islamik”? Jawapan saya adalah tidak selagi mana mereka tidak tunduk kepada Islam sepenuhnya.

Tetapi… Kenapa negara muslim, dunia tak dapat, akhirat pun tak terkejar?

“Sejauh mana kita (termasuk saya) sudah melazimi Islam yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan?”

Islam tidak pernah terkebelakang atau gagal dalam memperketengahkan nilai-nilai yang baik itu. Anjuran tentang masa (Surah Al-‘Asr), perintah jangan buat kerosakan di bumi (Surah Al-Baqarah:11-13) dan banyak lagi.

“Tepuk dada tanya diri, sejauh mana pula kegagalan kita memahami Islam secara syumul?”

Wallahu’alam

Izzatul Hajidah Mohd Sabri
Aktivis Isma New Zealand

Sumber: http://ismanewzealand.com/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts