Tolak calon yang menyokong mungkar

  1. Dalam menangani isu kerosakan moral masyarakat, Rasulullah ﷺ telah memberi amaran keras berhubung perbuatan songsang eljibitee. Rasulullah meletakkan perbuatan tersebut sebagai salah satu dari perkara yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

“Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. (HR Ahmad)

  1. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini. Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam menangani permasalahan ini.
  2. Dalam al-Quran pula, Allah menggambarkan perbuatan terkutuk ini sebagai golongan manusia yang “melampaui batas”. Firman Allah:

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

  1. Ketika menghuraikan isu ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah bagi membersihkan masyarakat dari budaya yang tidak sihat. Malah perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini. (al-Qaradawi, al-Halal wa al-Haram.)
  2. Oleh yang demikian, andai ada pemimpin yang menyokong perlakuan terkutuk ini, maka kita hendaklah menolak mereka. Ini selari dengan ancaman dan kecaman yang telah termaktub di dalam al-Quran dan hadis.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ganjaran orang berinfak

FIRMAN Allah SWT ; الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا…