UK alu-alukan pakaian wanita Islam, kepelbagaian budaya

KUALA LUMPUR – Dalam kalangan negara Eropah, United Kingdom (UK) menonjol sebagai sebuah negara yang terkenal dengan sikap mengalu-alukan pelbagai budaya dari seluruh dunia khususnya dari segi pemakaian burqa dan niqab oleh wanita Islam.

Perkara ini ditegaskan oleh ahli Dewan Pertuanan UK yang juga yang juga Pengasas Bersama Islam and Liberty Network (ILN), Syed Salah Kamall Baron Kamall.

“Perancis mempunyai pendekatan berbeza, terutamanya mengenai pemisahan antara gereja dan negara. Mereka mempunyai cabaran tersendiri.

“Semasa di UK, kami mempunyai wanita dengan perspektif berbeza tentang memakai pakaian tertentu. Ada yang merasa dipaksa, manakala yang lain percaya ia adalah pilihan peribadi yang mereka buat secara bebas.

“Setahu saya, keputusan itu akhirnya harus atas pilihan wanita itu sendiri. Kita harus menghormati autonominya dalam hal ini,” kata Syed Kamall dalam wawancara eksklusif dengan Sinar Daily pada Persidangan ILN Antarabangsa ke-10 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Syed Kamall memberitahu, terdapat beberapa pertimbangan praktikal dalam soal pemakaian itu seperti apabila seseorang bekerja dalam kapasiti rasmi umpamanya sebagai jurugambar.

“Dalam kes sedemikian, kebebasan untuk memakai pakaian tertentu mungkin tidak boleh dilaksanakan,” jelasnya.

Syed Kamall menekankan bahawa UK adalah negara yang terbaik dalam hal toleransi dan menerima kepelbagaian.

“Dari seluruh dunia, kita adalah negara yang agak terbuka dan ia adalah negara yang sangat pelbagai. Namun sekali lagi (ditegaskan), ia tidak sempurna,” tambahnya.

Ekoran itu, beliau menegaskan perkara berkenaan akan diselesaikan dengan mengadakan perbincangan terbuka dan waras, bermula dari peringkat tertinggi kerajaan dan melibatkan semua pihak berkepentingan.

“Pendekatan ini paling masuk akal. Di Britain, kami menghormati pilihan individu untuk memakai apa yang mereka mahukan, dan saya dapati itu agak mengagumkan. Saya juga mempunyai pengalaman peribadi dengan ekspresi keperibadian ini,” jelasnya.

Selama bertahun-tahun, terdapat perdebatan hangat mengenai burqa dan niqab di negara-negara Eropah.

Burqa, pakaian wanita yang menutup seluruh badan dan muka dengan jaringan di atas mata dan niqab iaitu penutup muka yang menutup muka kecuali mata, telah dilarang pemakaiannya di beberapa negara Eropah membabitkan tempat awam termasuk jalan raya, pengangkutan awam, kedai, hospital, dan pawagam.

Walaupun sesetengah negara percaya pengharaman hijab akan mendiskriminasi hak wanita dan menghalang integrasi, yang lain melihatnya dapat membantu memerangi penganiayaan agama dan keganasan.- Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts