Umat Islam Texas di barisan hadapan bantu mangsa banjir

 

HOUSTON – Umat Islam di sini berada di barisan hadapan membantu mereka yang terjejas akibat ribut tropika Harvey, yang menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan bandar kelima popular di Amerika Syarikat (AS).

Puluhan masjid, sama ada membuka pintu untuk perlindungan, melaksanakan operasi menyelamat atau menyediakan makanan, selimut dan air, kepada mangsa yang memerlukan.

“Di seluruh kawasan Greater Houston, orang ramai saling membantu, jiran membantu jiran dan kami berusaha sedaya upaya untuk memberi bantuan.

“Kami diperlukan dan menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk membantu sesiapa sahaja, tidak kira mereka muslim atau tidak,” kata Presiden Persatuan Islam Greater Houston, MJ Khan.

Ribut tropika Harvey melanda bandar di tenggara Texas sambil membawa hujan lebat, dengan sesetengah tempat menerima lebih 50 inci hujan dan meragut 11 nyawa, tetapi pegawai kerajaan memberi amaran jumlah kematian mungkin meningkat.

Harvey dikategorikan sebagai ribut kategori 4 dan perlahan-lahan bergerak ke pantai Texas.

“Kami mempunyai sistem perhubungan menerusi internet, mesej dan telefon, untuk mengira jumlah masjid yang mampu dijadikan penempatan sementara dan menyerahkan kepada pengurusannya membuat keputusan. Setakat ini, lapan masjid setuju menyediakan penginapan.

“Apabila hujan bermula, kami menggunakan sistem perhubungan dan meminta penduduk yang tinggal berdekatan masjid untuk menyalurkan bantuan secara sukarela. Walaupun, kedai ditutup, umat Islam mengambil apa sahaja dari rumah mereka untuk diserahkan sebagai sumbangan,” kata Khan.

Khan berkata, setiap masjid menyediakan tempat perlindungan kepada sehingga 100 orang, kebanyakan mereka orang tua dan kanak-kanak.

“Persatuan kami juga mempunyai kira-kira 150 sukarelawan yang menyediakan bantuan di sekitar kawasan yang terjejas, termasuk di Pusat Konvensyen George R Brown yang menempatkan ribuan mangsa,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts