Penasihat Syariah Indahnya Islam dilantik Penyelidik Tamu di Oxford

 

Indahnya Islam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan Fakuliti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dan Penasihat Syariah Indahnya Islam atas lantikan sebagai Penyelidik Tamu di Oxford Centre for Islamic Studies bagi sesi akademik 2018-2019 untuk membuat kajian mengenai tajuk “Quranic References to Muhammad’s Early Life: a Critical Analysis“.

 

Image may contain: text

 

Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga merupakan pengasas bersama Ulum Hadith Research Centre telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Hadis di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2004 dan kemudian mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2008. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teologi di University of Birmingham, United Kingdom dan lulus dengan cemerlang pada tahun 2017.

Semoga dengan lantikan ini dapat terus memacu kecemerlangan Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam bidang keilmuan Islam dan membawa manfaat besar kepada dakwah di bumi Malaysia ini.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts