Wajib bertegas pertahankan kalimah Allah yang mulia

1. Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir  dikatakan menjadi polemik, sehingga sebahagian umat islam sendiri seolah-olah bersetuju bahawa masih ada ruang untuk memberi kebenaran kepada orang kafir untuk menggunakan kalimah tersebut.

2. Namun begitu, di bulan Ramadan yang mulia, hal yang dibimbangi sebelum ini iaitu kemungkinan kalimah Allah akan dibuat main atau diperolok-olokkan telah pun berlaku. Dalam situasi ini, kita dapat memerhatikan pelbagai respon sama ada dari mereka yang menzahirkan rasa sensitif lalu bangkit mempertahankan kalimah Allah, atau mereka yang masih lagi kompromi untuk menerima permohonan maaf yang palsu itu.

3. Di dalam Islam kita dilarang untuk mencela tuhan-tuhan agama lain kerana  dikhuatiri kelak akan mengundang celaan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya. Ini juga bertepatan dengan kaedah Saddu al-Zarai’ iaitu menutup jalan yang membawa kepada kemudaratan yang lebih besar sebagaimana firman Allah SWT :

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ

Maksudnya : “Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”

(Surah Al-An’am; 108)

Jika memulakan celaan terhadap tuhan agama lain adalah dilarang, maka bagaimanakah jika kita dicela terlebih dahulu? Jelas ayat tadi bermaksud agar kita mengangkat kemuliaan kalimah Allah taala dengan apa-apa cara sekalipun.

Allah SWT berfirman lagi,

قُلْ أَبِاللَّـهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ﴿٦٥﴾ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

MaksudnyaKatakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.

(Surah al-Taubah: 65-66)

4.Terdapat banyak perintah dan larangan yang tegas berkaitan menjaga kemuliaan agama Islam.

Allah SWT telah memerintahkan kepada orang Mukmin agar berlaku rahmat sesama Islam dan berlaku tegas dan kasar terhadap kafir yang memusuhi Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Fath,

محَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ

Maksudnya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).

(Surah al-fath:29)

Allah SWT juga melarang agar kita berhati-hati dengan orang munafik seperti dalam firmannya,

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾  وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. ”

Ibn ‘Asyur sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa kalimah kuffar merujuk kepada Musyrikin yang tinggal di Madinah yang menzahirkan keislaman sedangkan sebenarnya tidak beriman atau dalam kata lain munafiq i’tiqadi. Terdapat sebahagian orang Islam yang tertipu dengan perlakuan dan penampilan zahir mereka. Diriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Sebahagian orang Yahudi dan Musyrikin ketawa sewaktu melihat kaum Muslimin sujud di dalam solat (Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (6/241)

5. Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan berkaitan kepentingan menjaga kemuliaan kalimah Allah SWT daripada didiskriminasi oleh sesetengah pihak, maka jelas bahawa dalam isu ini amat tidak memadai sekadar memohon maaf sahaja. Sebaliknya perlu ada tindakan yang lebih tegas dan bersepadu pada setiap peringkat dalam syarikat tersebut bagi memperbaiki semula keadaan sedia ada.

Ustaz Fitri Adnan

Penyelidik

Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts