UMMAH lancar aplikasi Abata bantu usahawan Islam

 

BANGI – Melihat sambutan dan sokongan yang menggalakkan terhadap kempen beli produk muslim (BMF), Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyediakan inisiatif baharu bagi membantu usahawan Islam melalui aplikasi mudah alih ‘Abata’ bermula 1 Oktober depan.

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, beliau yakin dengan adanya kerjasama antara aplikasi Abata itu, dapat membantu usahawan muslim memperluaskan produk mereka di pasaran di seluruh negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa Indonesia sudah terkesan dengan kempen berkenaan apabila ia sudah menggerakkan inisiatif untuk membantu peniaga muslim di negara itu.

“Jika melihat kempen ini, semua rakyat sudah mendapat manfaat dan terbukti apabila ramai pengusaha atau peniaga mula menurunkan harga. Ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada semua bangsa.

“Kempen ini juga memberi peluang kepada peniaga dan usahawan yang tidak berpeluang mengembangkan perniagaan mereka kerana kekurangan infrastruktur dan sebagainya,” katanya pada sidang media pelancaran Kempen Produk Muslim peringkat Wilayah Persekutuan dan Selangor, semalam.

 

 

Mengulas lanjut, beliau sekali lagi menyangkal dakwaan beberapa menteri dan ahli politik yang mengkritik kempen berkenaan serta mendakwa usaha itu sebagai langkah boikot kepada produk bukan Islam di negara ini.

“Saya ingin menegaskan objektif kempen ini adalah untuk membantu mereka yang selama ini terpinggir dan termiskin di negara ini iaitu orang Melayu. Pendapatan suri rumah orang Melayu adalah paling kebelakang.

“Jadi, usaha ini menaikkan ekonomi orang Melayu sama taraf dengan kaum lain, maka negara juga akan harmoni dan ekonomi semakin berkembang,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Syukur alhamdulillah mudah mudahan umat islam istiqamah untuk meningkat kan ekonomi mereka dan menjadi bangsa yang berjaya supaya tidak dihina

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts