Ramadan dalam sejarah Uthmaniyyah, penerusan tradisi Uthmaniyyah di Istanbul

 

RAMADAN sebagai satu bulan yang cukup mulia disambut dengan begitu meriah di dalam sejarah Uthmaniyyah. Ramadan disebut sebagai ‘on bir ayın sultanı’, iaitu sultan kepada 11 bulan yang lain di mana suasananya seperti satu karnival umat Islam beribadah dengan persiapan Ramadan di dalam Uthmaniyyah dilakukan seminggu awal dari bermulanya Ramadan. Ada beberapa budaya yang menarik Uthmaniyyah yang dihidupkan dan diteruskan bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.

1. Pemasangan lampu dikenali sebagai ‘Mahya’

Di bulan Ramadan lampu-lampu akan dipasang di sepanjang jalan yang menghidupkan suasana seperti sebuah karnival di sekitar kota-kota Uthamniyyah. Namun yang paling besar sekali adalah pemasangan lampu yang dikenali sebagai Mahya yang merupakan lampu-lampu kecil yang digantung pada tali dan di ikat diantara dua tiang menara azan Masjid Sultan Ahmet yang membentuk tulisan contohnya seperti ‘Hoşgeldin Şehri Ramazan’ yang bererti selamat datang wahai Ramadan!

2. Iftar bersama keluarga

Dataran Sultanahmet yang merupakan dataran di antara dua masjid yang sangat bermakna iaitu Masjid Hagia Sophia dan Masjid Sultanahmet merupakan tempat yang sangat meriah di bulan Ramadan di mana di dataran ini rakyat akan seolah berkelah, atau berkumpul dan iftar (buka puasa) beramai-ramai dengan makanan percuma juga diedarkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada mereka yang berada di dataran tersebut. Malah dataran Sultanahmet ini dipenuhi rakyat dengan pelbagai aktiviti di sepanjang malam sehinggalah ke waktu sahur.

3. Sedekah kepada yang miskin dan pemberian hadiah

Alexander Van Millingen menyebut bahawa antara budaya baik di bulan Ramadan di zaman Uthmaniyyah yang masih berterusan adalah memberikan sedekah dari yang kaya kepada orang-orang miskin malah menjadi budaya pada abad ke-19 untuk orang-orang kaya menjemput mereka yang miskin untuk berkongsi makanan berbuka mereka di rumah orang kaya ini.

Malah orang kaya akan memberikan hadiah berbentuk wang atau pakaian kepada mereka yang miskin dan susah ini. Pemberian hadiah ini dikenali sebagai ‘diş kirası’. Ini adalah satu budaya sebagai tanda terima kasih kepada orang miskin kerana memberikan peluang buat mereka mendapatkan pahala bersedekah.

Begitulah sedikit sebanyak antara budaya di zaman Uthmaniyyah bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Semoga Ramadan kita disambut dengan meriah dan dipenuhi dengan amalan-amalan bagi mengejar pahala yang berganda yang telah Allah kurniakan buat kita di bulan mulia ini.

Ramazan Bayraminiz Mübarek Olsun! Ramadan Mubarak!

Ustaz Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi
Pegawai Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts