UMMAH menyelar provokasi menjatuhkan institusi tahfiz di Malaysia

 

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) menentang sekeras-kerasnya kenyataan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan untuk menutup sekolah tahfiz di Malaysia dan mengeneralisasikan sekolah tahfiz sebagai badan yang melahirkan golongan penjual agama dan jenayah kolar putih seperti pecah amanah dan sebagainya.

Kewujudan sekolah tahfiz adalah hasil dari kesedaran umat Islam di Malaysia yang inginkan pendidikan agama buat anak-anak mereka. Bahkan, pada tahun lepas Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi menyelaras dan memperkasa pendidikan Tahfiz di Malaysia. Perkara ini menunjukkan kerajaan Malaysia serius dalam mengangkat agenda ummat islam dalam bidang pendidikan tahfiz.

Merujuk kepada masalah-masalah yang timbul daripada sekolah tahfiz yang disenaraikan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin, ia sepatutnya ditangani dengan bijak dan UMMAH yakin bahawa DPTN yang dirangka kerajaan akan menyelesaikan banyak masalah dan bakal melahirkan huffaz yang bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi celik teknologi dan kemahiran.

Antara cadangan yang boleh diambil pihak kerajaan bagi mengangkat institusi tahfiz di Malaysia adalah dengan;

1. Menyelaras silibus pendidikan tahfiz supaya bertepatan dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
2. Merangka dasar bagi mengarusperdanakan pendidikan tahfiz setaraf sekolah-sekolah di Malaysia.
3. Memberikan latihan pengurusan kepada pemilik-pemilik tahfiz yang berdaftar.
4. Meletakkan syarat kepada tenaga pengajar tahfiz.
5. Mewujudkan piawaian keselamatan bagi kemudahan dan infrasruktur di semua sekolah tahfiz.
6. Memperkenalkan sistem penarafan dan persijilan bagi institusi tahfiz.

UMMAH mengalu-alukan usaha-usaha dan kritikan yang membina bagi memperkukuhkan institusi Islam di Malaysia dan menolak segala provokasi atau usaha yang cuba dilakukan bagi memberikan persepsi buruk atau untuk meruntuhkan institusi Islam di Malaysia.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts