Wujud cubaan gagalkan kempen BMF punca usaha boikot tenggelam

Bangi – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hari ini menepis hujah-hujah pihak tertentu yang cuba menggagalkan usaha memboikot produk pro-Israel dan kempen Buy Muslim First (BMF).

Pengerusi GSPP, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni mengakui kempen boikot dan BMF pernah mendapat perhatian suatu ketika dahulu dan kemudian mula tenggelam atas banyak faktor.

Selain daripada faktor umat Islam tidak menguasai sepenuhnya rantaian ekonomi, beliau percaya, kewujudan gerakan yang memperkecilkan kempen BMF juga menyumbang ke arah pengenduran momentum usaha itu.

Katanya, hujah pekerja syarikat pro-Israel majoritinya muslim dan akan merugikan orang Islam negara ini kerana peluang pekerjaan tidak banyak adalah perkara yang tidak wajar dijadikan alasan.

“Tiada siapa suruh berhenti kerja serta-merta. Ambillah masa hatta lima tahun pun untuk cari kerja lain.

“Kalau syarikat buang pekerja sebelum sempat cari kerja lain, kita boleh terima pembuangan kerja kerana COVID-19 tapi tak boleh terima pembuangan kerja kerana kesan perang Israel terhadap Palestin?

“Kepayahan yang ditanggung dari kehilangan kerja tidaklah sama dengan kepedihan kehilangan keluarga di Palestin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyangkal hujah yang mempertikaikan usaha boikot hanya meliputi produk terpilih dan tidak merangkumi keseluruhan barangan pro-Israel.

Menurutnya, kaedah Islam menyatakan bahawa apa yang tidak boleh dibuat semua, maka janganlah ditinggalkan semuanya.

“Boikot berkait kemampuan, tidak bergantung kepada produk pro-Israel. Ada yang mudah dapatkan alternatif dan ada yang susah dan perlu masa untuk bina alternatif.

“Alternatif lain bagi produk makanan tak sama macam alternatif bagi sistem perbankan. Sistem perbankan sama seperti burger?,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan semua pihak supaya membina semangat boikot dengan suatu yang mudah untuk masyarakat kerana itu adalah antara strategi orang cerdik.

“Saya melihat isu boikot dan kempen BMF ini ada kesannya kepada perang Israel-Palestin sekarang.

“Dalam mesyuarat GSPP minggu lepas telah dipersetujui untuk GSPP menubuhkan unit bagi menguruskan kempen boikot secara sistematik dan strategik. Insya-Allah kita akan buat dalam masa terdekat,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts