YADIM sedia bantu individu keliru mengenai Islam

Putrajaya : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedia membantu individu yang berhadapan kekeliruan serta mempunyai kemusykilan mengenai ajaran Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, berkata pihaknya sedia membantu sama ada secara terbuka atau tertutup individu yang berhadapan masalah ini kerana ia juga sebahagian daripada kerja dakwah.

“Individu yang berhadapan kekeliruan ini perlu dibantu dan diberikan penjelasan kerana mereka akan berhadapan kesusahan sekiranya menyalurkan perkara itu ke saluran yang tidak betul,,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Sesyen Sepang, semalam menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap seorang penghantar makanan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghina agama Islam di laman sosial You Tube, Sabtu lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Namun, tertuduh gagal membayar denda dan menjalani hukuman penjara enam bulan di penjara Kajang.

Tuan Kamarul berkata, individu terbabit bukan hanya sekadar menyalahgunakan rangkaian teknologi maklumat malah mencetuskan kemarahan dan kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Ia satu kesalahan serius serta berpotensi mencetuskan implikasi buruk dalam negara, justeru jangan sesekali mencabar dan melanggar undang-undang di negara ini.

Katanya, YADIM berharap pesalah ini turut dibimbing dari segi kesihatan mental kerana pihaknya yakin akal yang waras tidak akan mudah untuk menghina agama. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts