1. SETIAP kali bangun dari tidur, ucapkanlah zikir yang sering kita bacakan setelah selesai dari solat ini. Ini kerana, Rasulullah menjelaskan bahawa zikir ini berupaya menghapuskan dosa kita sekalipun sebanyak buih dilautan. Malah zikir ini melindungi kita dari hasutan syaitan.
2. Sabda Rasulullah ﷺ:
“Barangsiapa yang mengucapkan sebanyak 100 kali zikir ini:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maka pahalanya adalah seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis 100 kebaikan, dihapuskan 100 dosa kejahatannya dan dilindungi dari hasutan syaitan sehingga petang.” (HR al-Bukhari)
3. Hadis ini seakan memberikan kepada kita gambaran bagaimana Rasulullah berkehendakkan agar setiap hari dipenuhi dengan lembaran zikir mentauhid dan menyucikan Allah.
4. Amalkan zikir ini sepanjang hari. Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)