Zikrullah itu pencuci hati

  1. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari kesilapan dan dosa . Setiap dosa yang kita lakukan, akan terbit titik hitam di hati kita. Sehingga terlalu banyak diselaputi dosa, hati manusia menjadi keras dan gelap. Rasulullah menjelaskan perkara ini di dalam sabdanya:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ ، فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى يَعْلُوَ قَلْبَهُ ذَاكَ الرَّيْنُ

“Sesungguh seorang mukmin, apabila dia melakukan dosa, akan terbit bintik hitam di hatinya. Sekiranya dia bertaubat, meninggalkan dosa tersebut dan beristighfar, maka akan hilanglah titik hitam tersebut. Namun sekiranya dia menambah dosa tersebut, akan bertambahlah titik hitam itu lalu hatinya (gelap) diselaputi dosa.” (HR Ibn Majah)

  1. Lalu bagi membersihkan jiwa yang dicemari ini, kita digalakkan untuk melakukan amal soleh kerana amalan kebaikan akan menyucikan hati. Salah satu amalan yang berupaya membersihkan hati adalah dengan memperbanyakkan zikrullah.
  2. Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Saidina Abu Darda yang menyebutkan:

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ جِلَاءً، وَإِنَّ جِلَاءَ الْقُلُوبِ ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai pembersihnya. Dan yang membersihkan (mensucikan) hati itu adalah zikrullah. (Syu’ab al-Iman)

  1. Oleh yang demikian, lazimi zikir yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi. Basahi lidah dengan zikrullah dan hayati setiap bilah perkataannya. Perbanyakkan juga beristighfar. Amalan-amalan ringan ini membantu menyucikan jiwa manusia.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts