Zionis Israel bantu rejim Myanmar, bekal senjata, latih askar perangi Rohingya

 

BANGI – Rejim Zionis Israel meneruskan penjualan senjata kepada Myanmar, tatkala puluhan ribu etnik muslim Rohingya melarikan diri dari kampung masing-masing, berikutan tindakan kejam tentera Myanmar di Rakhine.

Senjata yang dijual kepada rejim Myanmar, termasuk lebih 100 kereta kebal, senjata api berat dan bot yang digunakan polis sempadan negara itu, kata kumpulan hak asasi manusia.

Syarikat senjata seperti Tar Ideal juga terbabit dalam memberi latihan kepada pasukan khas Myanmar, yang memasuki perkampungan di Rakhine – negeri dengan majoriti penduduknya adalah muslim Rohingya.

Imej yang dimuat naik dalam laman web syarikat senjata Israel itu menunjukkan kakitangannya memberi tunjuk ajar kepada pasukan khas Myanmar mengenai taktik peperangan dan bagaimana menggunakan senjata tertentu.

Bulan ini, Mahkamah Tinggi Keadilan Israel dijangka mendengar petisyen yang diserahkan aktivis hak asasi manusia, menggesa kerajaan rejim Zionis menghentikan penjualan senjata kepada Myanmar.

Bagaimanapun, kerajaan rejim Zionis dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap senjata yang dijual sebaik saja ia dihantar ke luar negara.

 

Lawatan General Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing ke Israel pada tahun 2015.

“Israel tidak mempunyai kawalan dan tanggungjawab mengenai apa yang dilakukan terhadap senjata itu sebaik saja diserahkan kepada Myanmar.

“Namun, daripada laman web Tar Ideal, kami tahu bahawa mereka menyediakan senjata dan latihan kepada askar Myanmar yang berada di Rakhine,” kata seorang aktivis.

Israel berkongsi hubungan dagang dengan Myanmar sejak beberapa tahun lalu. Hubungan ini wujud sejak sebelum junta tentera meletak jawatan.

Kerajaan rejim Zionis dilaporkan secara berterusan menjual senjata kepada diktator Myanmar sejak beberapa tahun lalu.

Aktivis berkata, senjata yang digunakan terhadap rakyat Palestin dijual kepada rejim paling kejam di muka bumi ini – Myanmar – sebagai senjata ujian lapangan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts