5 fakta mengenai arak perlu anda tahu

 

Kematian seorang anggota polis, Safwan Muhammad Ismail, 31 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam akibat dilanggar pemandu mabuk amat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

Ketika seluruh ahli keluarga menangisi pemergian beliau, percayalah ada pihak yang terus ketawa dan kaya raya akibat mengaut keuntungan yang amat besar hasil dari penjualan arak di negara kita.

5 Fakta Mengenai Arak Yang Perlu Anda Tahu

1. Arak merupakan air yang ketiga paling banyak diminum di dunia selepas air suam dan teh. 

2. Pada tahun 2014, industri arak dunia bernilai USD 1 trillion. Keuntungan hasil penjualan arak di Amerika Syarikat sahaja mencecah USD100 billion setahun.

Manakala di negara kita, data pada tahun 2019 menunjukkan negara kita mengumpul sejumlah RM2.27 billion ‘tax revenue’ hasil penjualan arak.

3. Walaupun hanya sebuah negara kecil yang didiami oleh 32 juta orang (yang majoritinya Muslim yang haram meminum arak), Malaysia merupakan negara ke-10 tertinggi di dunia yang meminum arak dengan purata 7 liter arak diminum oleh seorang rakyat setahun.

Selain itu, rakyat negara kita mengeluarkan kira-kira  USD500 juta setahun untuk membeli arak. 

4. Malaysia mempunyai kadar ‘excise duty’ kedua tertinggi di dunia selepas Norway.

Mengikut statistik Confederation of Malaysian Brewers Berhad (CMBB), cukai yang dikenakan ialah RM7.40 bagi setiap liter selain 15% cukai ‘ad varolem’.

5. Baru-baru ini Malaysia mengalami anggaran kerugian sebanyak RM189 juta sebulan dari ‘tax revenue’ akibat operasi kilang-kilang arak yang terganggu dalam fasa PKP rentetan penyebaran Coronavirus.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts