Israel Serang Kafe Bukan Zon Perang, Pakar Dakwa Langgar Undang-Undang

Gaza, 24 Jun – Tentera Israel dilaporkan telah menjatuhkan bom seberat 500 paun (230kg) buatan Amerika Syarikat ke atas sebuah kafe di tepi pantai yang penuh dengan orang awam di Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh dan ramai lagi cedera.

Penduduk Palestin memeriksa keadaan Kafe Al-Baqa selepas ia dibom oleh serangan udara Israel di barat Bandar Gaza pada 30 Jun 2025, ketika perang antara Israel dan pejuang Hamas masih berterusan.
(Foto oleh Majdi Fathi/NurPhoto via Getty Images).

Laporan siasatan oleh The Guardian mendapati serpihan bom yang ditemui adalah daripada bom MK-82, yang terkenal dengan kuasa letupan besar dan kesan kemusnahan yang luas.

Antara mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak, seorang pembikin filem terkenal, seorang wartawan, dan seorang seniman. Ramai lagi, termasuk kanak-kanak, mengalami kecederaan serius. Serangan itu menyasarkan kafe al-Baqa, sebuah bangunan dua tingkat yang sering dikunjungi oleh keluarga dan anak muda di Bandar Gaza.


Didakwa Langgar Undang-Undang Antarabangsa

Penggunaan bom besar di kawasan awam yang diketahui penuh dengan orang ramai dianggap melanggar Konvensyen Geneva dan boleh dikira sebagai jenayah perang.

“Tentera sudah tentu tahu kafe itu dipenuhi orang awam,” kata Gerry Simpson dari Human Rights Watch. “Perkara ini patut disiasat sebagai jenayah perang.”

Pakar undang-undang hak asasi manusia, Dr Andrew Forde dari Universiti Dublin berkata:

“Walaupun dengan teknologi penyasaran terbaik, guna bom berat di kawasan seperti ini tetap akan menyebabkan kematian orang awam. Ini melanggar undang-undang antarabangsa.”


Israel Akui Lakukan Serangan Tapi Dakwa Cuba Kurangkan Risiko

Tentera Israel mengakui mereka melakukan serangan itu dan mendakwa telah menggunakan pemantauan udara untuk cuba mengurangkan risiko kepada orang awam. Namun kesan kawah besar yang ditinggalkan bom dan bilangan kematian membuktikan sebaliknya.

Seorang bekas pakar bahan letupan tentera AS, Trevor Ball, mengesahkan serpihan bom itu sepadan dengan bom MK-82 atau MPR500 – iaitu senjata udara yang sangat kuat dan pernah digunakan dalam banyak peperangan oleh tentera AS.


Sumber : Quds News Network

AS Terus Bekal Bom kepada Israel Walau Serangan Terus Berlaku

Tahun lalu, Amerika Syarikat menyambung semula penghantaran bom seberat 500 paun kepada Israel, walaupun serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza semakin memburuk.

Menurut laporan Reuters, sepanjang tahun pertama serangan besar Israel ke atas Gaza, AS telah membekalkan:

  • 14,000 bom MK-84 (2,000 paun)
  • 6,500 bom seberat 500 paun
  • 3,000 peluru berpandu Hellfire
  • 1,000 bom pemecah kubu bawah tanah
  • 2,600 bom kecil udara
  • dan pelbagai lagi senjata maut.

Serangan ke atas kafe awam seperti ini menguatkan lagi kebimbangan bahawa serangan Israel di Gaza menyasarkan orang awam secara terbuka, dan mendapat sokongan penuh dari segi senjata daripada Amerika Syarikat.

Sumber : The Guardian

Sumber : Quds News Network

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts