Allah janjikan kemenangan jika bersatu, ikut ajaran sebenar

 

BANGI – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, semalam membuktikan bahawa umat Islam akan selamat apabila kembali kepada ajaran sebenar.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, agama Islam menyuruh umatnya bersatu padu dan apabila mereka berbuat demikian, Allah akan memberi kemenangan kepada mereka.

“Demikian betapa mudahnya jalan orang yang beriman. Kejayaan mereka ialah dengan kembali kepada ajaran agama yang sebenar,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian mengulas kemenangan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengalahkan calon kerajaan PH dan dua calon Bebas dalam PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan, semalam.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menang dengan majoriti 4,510 undi apabila memperoleh 10,397 undi, sementara calon kerajaan PH, Dr S Stretam, mendapat 5,887 undi, dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yasin dan R Malarvizhi, masing-masing 79, dan 83 undi.

PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), serta Parlimen Port Dickson (13 Oktober), yang semuanya dimenangi PH.

Bagaimanapun, BN memenangi PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, dan DUN Semenyih (2 Mac).

Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat PH yang menunjukkan rakyat menolak gabungan parti itu, dan memilih kerjasama UMNO dan PAS.

Pada masa sama, Ustaz Abdullah mengajak umat Islam untuk bersungguh-sungguh mengikut segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya demi menyelesaikan masalah yang dihadapi di negara ini.

“Melalui pegangan itu segala masalah boleh diselesaikan dengan mudah. Jangan terikut-ikut dengan kehendak orang bukan Islam yang mahu kita jauh daripada ajaran Islam dan berpecah-belah,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Bersatu dan laksanakan undang undang Allah undang syariah inshaallah negara dan rakyat selamat dunia dan akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts