Ancaman Islam Liberal

Pengenalan

Pemikiran liberal merujuk kepada pemikiran yang cuba mencairkan identiti Islam dengan mencampur adukkan corak pemikiran mengikut kerangka Barat sebagai asas pemikiran. Golongan yang mempromosi pemikiran ini berusaha mentafsir semula Islam sesuai dengan kerangka pemikiran rasional dan logik tanpa mengambil kira keterangan wahyu dan tuntutan hadis Rasulullah SAW.

Fasa Gerakan Liberalisme di Malaysia

1.  KAJI SELIDIK KEKUATAN & KELEMAHAN MELAYU
Fasa pertama bermula sewaktu era penjajahan British di Malaysia. British bukan sahaja datang ke Tanah Melayu untuk menjajah dan mengaut kekayaan negara tetapi juga menghantar orientalis Barat untuk mengkaji dan menyelidik kekuatan dan kelemahan orang Melayu ketika itu. (Ahmad Sanusi dan Norsaleha, 2018).

2.  PROKSI BRITISH DALAM PEMERINTAHAN NEGARA
Ketika Malaysia mendapat kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957. Walaupun penjajah British telah meninggalkan Tanah Melayu daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran negara, mereka telah menyediakan kelompok anak tempatan yang mempunyai jiwa British dan berfikiran Barat. Sebahagian daripada kelompok ini telah dilantik menjadi pemerintah yang mengekalkan dasar dan polisi British (Rahimin et al., 2010).

3.  PERALIHAN DOMINASI KEPADA NGO LIBERAL
Melibatkan tahun 80an dan 90an. Pada fasa ini berlaku peralihan dominasi daripada kerajaaan yang berjiwa British dan melaksanakan sekularisme dalam pentadbiran dan pendidikan negara kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Muncul NGO yang membawa pemikiran liberal dan berusaha mempengaruhi rakyat terutamanya golongan anak muda di universiti.
Antara NGO liberal yang muncul pada era 80an dan 90an ialah:
a.  Gerakan anti hadis
b.  Jamaah al-Quran Malaysia
c.  Sister in Islam (SIS).

4.  MEMBANGUN JARINGAN MUSLIM MODERATE
Melibatkan tahun 2007 sehingga sekarang.
Pada tahun 2007, Rand Corporation (Centre for Middle East Public Policy) telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Building Muslim Moderate Network.
RAND Corporation merupakan Pusat Penelitian dan Kajian Strategik tentang Islam di Timur Tengah yang berpusat di Santa Monica-California dan Arington-Virginia, Amerika Syarikat (AS).
Penulisan buku ini bertujuan membangunkan jaringan muslim moderat yang menjadi tujuan utama perisikan Amerika Syarikat adalah memecah belah umat Islam. Isi dokumen ini mengandungi langkah-langkah membangun Jaringan Muslim Moderat pro-Barat di seluruh dunia.

Sumber : Jurnal IJISTRA; Modus Operandi Gerakan Liberalisme di Malaysia

https://www.ijistra.com/journal/article/view/28

Ustaz Abdullah Hussen

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts