Arab Saudi kenakan 3 tahun sekatan terhadap warga ke negara senarai merah

 

LONDON– Arab Saudi akan mengenakan sekatan tiga tahun perjalanan terhadap warganegara yang ke pergi ke negara dalam ‘senarai merah’ kerajaan.

Tindakan itu termasuk dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan varian baru.

Agensi berita negara SPA yang memetik pegawai pejabat Kementerian Dalam Negeri berkata, beberapa warga Arab Saudi – yang pada bulan Mei dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke luar negeri tanpa izin daripada pihak berkuasa untuk pertama kali sejak Mac 2020 – telah melanggar sekatan perjalanan.

“Sesiapa yang terbukti terlibat akan dikenakan akauntabiliti undang-undang serta hukuman berat selepas mereka kembali, dan akan dilarang melakukan perjalanan selama tiga tahun,” katanya.

Pegawai yang tidak dinamakan itu juga berkata, Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa warganegara masih dilarang melakukan perjalanan langsung atau melalui negara lain ke negeri ini.

Begitu juga negara yang belum dapat mengawal wabak atau di kawasan strain baru merebak.

Arab Saudi telah melarang perjalanan ke atau transit di sejumlah negara termasuk Afghanistan, Argentina, Brazil, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Lubnan, Pakistan, Afrika Selatan, Turki, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan itu – negara Teluk terbesar dengan populasi sekitar 30 juta – pada Selasa merekodkan 1,379 jangkitan COVID-19 baru, menjadikan jumlahnya 520,774 kes dan 8,189 kematian.

Ia menyaksikan jangkitan harian menurun dari puncak di atas 4,000 pada bulan Jun 2020 hingga di bawah paras 100 pada awal Januari. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts