AS senarai hitam pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

 

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meletakkan pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh dalam senarai hitam keganasan dan sekatan, semalam.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan mendakwa, Ismail Haniyeh yang juga merupakan Ketua Biro Politik Hamas mempunyai hubungan rapat dengan sayap tentera Hamas dan telah menjadi pendukung pertempuran bersenjata terhadap Israel.

Ismail Haniya juga diletakkan dalam senarai hitam sekatan Jabatan Perbendaharaan AS, yang membekukan aset serta menyekat firma dan individu di AS daripada melakukan perniagaan dengannya.

Menyelar perkara itu, Hamas dalam satu kenyataan menolak keputusan AS dan menyifatkan langkah itu sebagai berbahaya.

“Keputusan ini menunjukkan kecenderungan Amerika memihak kepada pendudukan serta pencerobohan Israel, dan menyediakan perlindungan rasmi terhadap jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

“Ini tidak akan menghalang kita daripada menjalankan tugas kita terhadap rakyat kita dan membela mereka, dan membebaskan tanah dan tapak suci kita,” kata kenyataan itu.

Hamas, gerakan politik Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza yang diduduki Israel, menyeru pentadbiran AS untuk menarik balik keputusan itu dan menghentikan dasar yang bermusuhan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts