Ayuh terus istiqamah jayakan BMF!

 

BANGI – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yakin melalui kempen Beli Produk Muslim (BMF), orang Melayu akan mampu mendabik dada tanpa perlu mengemis bantuan kerajaan dalam tempoh lima tahun lagi.

Bagi mencapai matlamat itu, pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya menggesa semua pihak untuk terus beristiqamah dalam menjayakan kempen dan memberi sokongan terhadap BMF.

Ini kerana, beliau berkata, nasib dan juga kejayaan orang Melayu terletak di tangan bangsanya sendiri.

“Ya. Nasib bangsa kita, kita juga yang tentukan. Jangan bergantung lagi pada kerajaan kerana kerajaan tidak mampu atau mahu untuk membantu. Konsep kemakmuran bersama sudah di letakkan sebagai asas ekonomi negara.

“Ertinya konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan dahulu sudah ditinggalkan. Orang Melayu kena mula harungi sendiri tanpa banyak ehsan dari kerajaan. Saya yakin kita boleh,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan, orang Melayu perlu menerima hakikat dan meneruskan usaha untuk membina jati diri serta kekuatan bangsa sendiri.

 

 

“Kita akan harungi bersama-sama sebagai satu ummah. Kita sama-sama gencarkan kempen Beli Produk Muslim (BMF) di seluruh pelusuk negara, di setiap ceruk kampung, di setiap jalan dan lorong.

“Pastikan semua orang faham dan sedar akan kepentingan memperkasakan ekonomi umat melalui kempen ini.

“Insya-Allah saya yakin dan percaya, dengan sedikit kesungguhan dan kesabaran, dalam masa 5 tahun kita akan mampu mendabik dada tanpa perlu mengemis bantuan kerajaan, mahupun pihak yang membuli dan memandang rendah pada kita,” katanya.

Kempen Beli Produk Muslim digerakkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata Commerce.

Kempen berkenaan selain bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga serta ekonomi Islam, ia juga bertujuan mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts