Buah dahulu, barulah daging

  1. Perhatikan dalam Surah al-Tur, Allah menggambarkan bahawa ahli syurga itu nanti akan dihidangkan dengan buah-buahan dan daging. Namun, dalam ayat ini Allah menyebut perkataan buah-buahan dahulu sebelum daging. Firman Allah:

وَأَمْدَدْنَاهُم بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

“Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.” (Surah al-Tur: 22)

  1. Pattern yang sama dijumpai dalam Surah al-Waqiah apabila Allah turut mempersembahkan gambaran ahli syurga yang akan dihidangkan dengan buah-buahan dan daging burung. Dalam ayat-ayat ini juga al-Quran menyebutkan buah-buahan dahulu sebelum daging. Firman Allah:

وَفَٰكِهَةٍۢ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih [20] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. [21] (Surah al-Waqi’ah)

  1. Ketika menghuraikan ayat di atas (Surah al-Waqiah), al-Imam Ibn Asyur berpandangan bahawa Allah menyebutkan perkataan buah-buahan lebih awal daripada perkataan daging kerana kelebihan atau kekuatan yang ada pada buah-buahan itu sendiri.
  2. Manakala Dr. Abdul Hamid Diyab pula memetik ayat ini dalam menjelaskan kelebihan mendahulukan buah-buahan ketika makan kerana kandungan zat yang lebih mudah hadam berbanding daging. Beliau turut menampilkan hadis galakan Rasulullah agar kita berbuka dengan tamar adalah lebih baik dari kita mendahulukan hidangan yang lain. (Ma’a al-Tibb fi al-Quran al-Karim)
  3. Semoga Allah menjadikan kita dalam golongan yang dikurniakan nikmat-nikmat di dalam syurga kelak dan memilih kita dalam kalangam golongan yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts