Cari hati di tiga tempat

 

1. AL-IMAM Ibn al-Qayyim menukilkan kata-kata nasihat yang sangat indah yang berbunyi: “Carilah hati kamu pada tiga tempat: (1) ketika membaca al-Quran, (2) di dalam majlis zikir dan (3) ketika bersendirian. Sekiranya engkau tidak mendapati hatimu dalam tiga tempat ini, maka mohonlah kepada Allah supaya engkau dikurniakan hati kerana engkau tidak memiliki hati.” (Ibn al-Qayyim, al-Fawaid)

2. Kata-kata yang dinukilkan oleh al-Imam ibn al-Qayyim ini ternyata sangat benar. Para sahabat mudah tersentuh apabile mendengar bacaan al-Quran. Ketika Rasulullah sedang sakit, Baginda mengarahkan supaya Abu Bakar memimpin solat Jemaah. Mendengar arahan ini Aisyah memberikan respon spontan. Kata Aisyah: “Abu Bakar orangnya sangat halus (mempunyai hati yg lembut). Apabila dia membaca (al-Quran), tangisan akan menguasai dirinya.”

3. Siapa yang tidak kenal dengan Umar ibn al-Khattab, pemuda yang tegas, hijrahnya tidak berani dicegah oleh musuh. Namun ketika membaca ayat penghujung dari Surah Yusuf, Umar direkodkan sebagai menangis teresak-esak sehingga terhenti bacaan beliau. (Sunan Said ibn Mansur). Dalam ketegasan berhubungan dengan manusia, Umar kelihatan mempunyai hati yg halus dalam mengingati Allah.

4. Sa’d ibn al-Akhram pernah berjalan bersama Abdullah ibn Mas’ud. Ketika mana mereka lalu pada kawasan tukang besi, Abdullah ibn Mas’ud tiba-tiba menangis. Apabila ditanya beliau menjawab bahawa melihat kepada besi yang dibakar tadi telah mengingatkan beliau akan Allah dan azab neraka kelak.

5. Begitu juga Saidina Uthman yang ketika lalu di kawasan kubur akan menangis kerana teringatkan bahwa kawasan inilah yang akan menjadi titik permulaan ke syurga atau neraka. Lihatlah berapa dunia ini hanya menjadi tempat mereka mengingatkn diri kepada Allah. Para sahabat mempunyai hati yg sensitif apabila mendengar al-Quran dan mengingati Allah.

6. Begitu juga ketika berada di dalam keadaan bersendirian. Dengan sebab itu Rasulullah mengingatkan kepada kita dalam satu hadith yang popular. Baginda menyebut, “dan mereka yang mengalir air matanya ketika berada bersendirian.” Allah. Bagaimanalah keadaan kita ketika bersendirian.

7. Sekiranya di dalam tiga keadaan di atas hati kita tidak memberikan reaksi yang positif, maka benarlah kata nasihat itu tadi, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan hati, kerananya hatinya seakan tidak berfungsi. Dalam erti kata yang lain berdoalah dan memohon ampunlah agar dikurniakan hati yang baik dan suci.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts