Covid, Korban dan Syiar Islam

 

1. Covid-19 yang melanda dunia dan negara kita sudah masuk tahun kedua sekarang. Ia memberi kesan kepada banyak perkara; ekonomi, pendidikan, aktivitivi sosial dan sebagainya. Salah satu daripadanya yang juga terkesan adalah pengimarahan masjid, majlis-majlis ilmu dan penzahiran syiar Islam.

2. Oleh kerana hari raya korban sudah hampir tiba, Isma mengambil keputusan untuk menghidupkan syiar Islam melalui ibadah korban pada kadar yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Walaupun mungkin ia tidak semeriah sekiranya kita berada di luar Covid-19, tetapi pada kadar yang boleh dihidupkan, kami berpandangan adalah kewajipan fardhu kifayah untuk umat Islam menghidupkannya.

3. Kaedah yang dipopularkan oleh Imam Syatibi dirasakan menggambarkan apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam di saat ini, Katanya:

إذا كان الفعل مندوباً بالجزء كان واجباً بالكل

“Sesuatu perbuatan itu jika ianya sunat secara juz’ie, maka ia adalah wajib secara kulli.”

Maksudnya sesuatu amalan seperti syiar Islam (seperti azan) itu sunat dilakukan. Tetapi amalan itu tidak boleh seluruh umat Islam berpakat untuk meninggalkannya. Jika keseluruhan umat berpakat meninggalkannya, maka ianya menjadi kesalahan syarak.

Dengan itu memastikan syiar Islam melalui korban ini berjalan walau pun pada kadar minima adalah kewajipan kepada seluruh umat Islam.

4. Dari situ Isma mengajak sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban untuk menyumbang di dalam projek korban Isma di kawasan-kawasan pedalaman yang terpilih.

Bukan daging yang ingin dihidang, tetapi syiar itulah yang ingin dihidupkan.

Wallau a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts