David Orok jahil al-Quran, sejarah: Mufti Pahang

 

BANGI – Paderi Kristian, David Orok sangat biadab apabila menghina umat Islam, termasuk membuat tafsiran salah mengenai ayat suci al-Quran.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, orang Kristian seperti Orok, tidak layak untuk mentafsir ayat al-Quran, kerana makna yang difahami menyeleweng.

Contohnya, daripada tafsiran al-Quran yang dibuat, Orok mendakwa Allah menyerahkan pemilikan tanah suci tersebut kepada orang Israel dan bukannya kepada rakyat Palestin.

“Jelas, dia sangat jahil al-Quran. Malah, dia juga jahil sejarah dan keharmonian sejagat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tuduhan pemimpin parti STAR Sabah yang mendakwa umat Islam yang membantah pencabulan rejim Zionis Israel ke atas Palestin adalah murtad dan iblis, kerana kononnya telah menolak kehendak al-Quran.

Menulis dalam Facebooknya, Orok memetik ayat 58 surah Al-Baqarah, surah An-Nisa’ (ayat 154) dan surah Yunus (ayat 93), ketika membuat tuduhan itu.

Orok juga menolak dakwaan bahawa pengikut Nabi Musa daripada kalangan bani Israel adalah umat Islam, kerana menurutnya, Nabi Musa telah pun wujud beribu tahun sebelum Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah.

Rahman berkata, Orok tidak faham sebenarnya, bumi Palestin itu asalnya mengikut sejarah bukan berasal daripada bani Israel.

“Ya, Nabi Musa adalah daripada bani Israel. Tetapi, bani Israel itu ialah orang Islam yang mengikut Nabi Musa. Nabi Musa yang membawa pengikut bani Israel dari Mesir ke Palestin.

“Bani Israel zaman Nabi Musa adalah orang Islam yang sama macam orang Islam sekarang ini, di bawah kepimpinan Nabi Muhammad.

“Lagi jelas, bani Israel pada ketika itu bukan golongan Yahudi sekarang. Yahudi sekarang adalah Yahudi baru dari golongan Zionis,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts