Dr Ragheb El Sergany: Taqrib Sunni-Syiah adalah mustahil!

398999_355651514496311_185332328194898_983789_864519865_n

 

Pandangan Dr Ragheb El Sergany terhadap taqrib Sunni Syiah

Soalan: Mengapa engkau tidak menggalakkan proses taqrib (merapatkan) antara Ahli Sunnah dan Syiah?

Jawapan

Bismillah,

Sesungguhnya proses taqrib berbentuk aqidah dah fiqh antara Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah adalah suatu perkara yang mustahil! Ini adalah kerana Syiah itu bukanlah suatu mazhab dalam Islam, tetapi ianya merupakan suatu fahaman sesat daripada kefahaman Islam. Bahkan ianya adalah satu fahaman yang dibuat oleh sesetengah kelompok dengan tujuan merosakkan Islam dari dalam.

Kekejaman dan kesedihan yang melanda umat akibat perbuatan zalim Syiah bukanlah perkara asing, jika kita perhatikan didalam sejarah Umat hinggalah di zaman sekarang. Jika kita perhatikan bilangan umat Islam yang terbunuh ditangan Syiah di Iraq sejak tahun 2003 adalah tersangat banyak berbanding umat Islam yang terbunuh akibat pembunuhan oleh British dan Yahudi sejak tahun 1917 hingga ke hari ini.

Jadi aku tersangat pelik kepada pihak yang menuntut supaya berlakunya taqrib dan supaya umat Islam melupakan apa yang dilakukan syiah selama ini kononnya atas dasar bersatu menentang golongan musuh Islam sedangkan mereka (Syiah) itu sendiri adalah musuh Islam.

Adalah tidak masuk akal untuk kita menyuruh seseorang itu melupakan  satu musuh demi musuh yang satu lagi! Sedangkan kedua-dua musuh itu terus menyembelih umat Islam, bahkan berkerjasama melakukan perkara tersebut. Hubungan antara Syiah yang diketuai oleh Iran dan musuh Islam lain sudah lama diketahui umum.

Syiah serta Iran lah yang membantu Amerika dalam melakukan serangan keatas umat Islam Iraq dan Afganistan dengan syarat Amerika akan memberi mereka kuasa di Negara tersebut. Bagaimana aku boleh melupakan semua tindakan musuhku dan musuh agamaku ini?

Jadi ingin aku katakan, persoalan mengenai taqrib (merapatkan) ini adalah satu perkara yang jelas, iaitu menuntut kedua pihak tersebut tidak boleh menyakiti satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman bersama, bahkan boleh bersepakat dalam sesetengah perkara. Perkara tersebut hendaklah berlaku dalam keadaan tidak ada berlakunya tanazul pada perkara asas aqidah atau perkara prinsip.

Sedangkan perkara ini adalah mustahil untuk terjadi antara Sunni dan Syiah! – muis.org.my

*Artikel ini merupakan terjemahan kepada artikel asal ditulis oleh Dr. Ragheb Elsergany iaitu salah seorang doktor pakar dari Mesir dan salah seorang penulis sejarah Islam yang terkenal dari laman web: http://islamstory.com/ar

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts