‘Dua minit setiap hari baca satu ayat al-Quran’ – Mufti

SHAH ALAM – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badaruddin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memperuntukkan masa sekitar satu hingga dua minit untuk membaca satu ayat al-Quran lebih-lebih lagi mengamalkannya antara waktu Maghrib dan Isyak.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada keperluan untuk memikirkan konteks tinggi atau rendah tahap pemahaman seseorang itu terhadap amalan membaca al-Quran.

“Wallahualam, tiada maklumat mengenai hal tersebut, apapun kita jangan berfikir dalam konteks tinggi atau rendah itu, apa yang lebih penting adalah peruntukan masa dengan membaca al-Quran contohnya mengamalkan bacaan antara waktu Maghrib serta Isyak.

“Hal ini kerana ia merupakan kitab hidayah, jadi bila kita membaca al-Quran, insya-ALLAH kita mengundang hidayah ALLAH SWT.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badaruddin ketika menjadi ahli panel bagi rakaman program My #QuranTime (MQT) yang dihoskan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali di Studio MQT pada Khamis.

“Al-Quran juga syifa’ (penyembuh) kerana apabila kita sentiasa membaca, hakikatnya kita sedang melakukan proses ruqyah diri sendiri daripada penyakit zahir mahupun batin,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sejauh mana tahap membaca dan memahami al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini selepas sesi rakaman My#QuranTime yang membincangkan kupasan ayat ke-45 dan 46 daripada surah al-An’am.

Program episod ke-466 itu dihoskan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail dan qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Tambah Mohd Faudzinaim, membaca al-Quran boleh dijadikan ladang pahala sebagai bekalan untuk menghadap ALLAH SWT di akhirat nanti.

“Harapan kita adalah supaya setiap umat Islam tidak kira peringkat umur sentiasa memegang, membaca dan mempelajari al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts