Ribuan pekerja PBB berhimpun di Gaza bantah AS potong dana UNRWA

 

SEMENANJUNG GAZA – Ribuan kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) berhimpun semalam bagi membantah keputusan Washington memotong pembiayaan yang dirancang kepada agensi itu.

Keputusan Amerika Syarikat (AS) telah mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dan kakitangan UNRWA, kerana menyebabkan kesulitan lebih buruk di Gaza.

Malah, ia turut menyebabkan 13,000 kakitangan UNRWA di Gaza kehilangan pekerjaaan ekoran daripada pemotongan dana perkhidmatan.

Lebih separuh daripada dua juta penduduk di daerah itu bergantung kepada sokongan dan bantuan UNRWA serta agensi kemanusiaan lain.

 

 

Peserta protes berarak ke ibu pejabat PBB di bandar Gaza dengan mengibarkan bendera Palestin dan membawa beberapa sepanduk yang menolak keputusan AS itu.

“Saya mempunyai anggota keluarga seramai sembilan orang, dan saya tidak pernah berasa takut untuk melakukan perkara seperti ini.

“Pemotongan bantuan AS akan menjejaskan seluruh komuniti,” kata guru bahasa Inggeris, Ahmed Abu Suleiman, 59.

UNRWA dibiayai oleh sumbangan sukarela daripada negara-negara anggota PBB, yang mana AS sebagai penyumbang terbesar setakat ini.

 

 

“Kita tidak tahu bagaimana untuk membayar makanan yang kita edarkan kepada pelarian Palestin. Kebimbangan terbesar saya ketika ini adalah adakah saya akan dapat mengedarkan makanan kepada mereka pada bulan April nanti,” kata Pengarah UNRWA Gaza, Matthias Schmale.

16 Januari lalu, Jabatan Negara AS mengumumkan pembekukan AS$65 juta daripada pakej bantuan bernilai AS$125 juta yang diperuntukkan bagi agensi itu.

Dalam satu surat, jabatan itu berkata, sumbangan tambahan AS akan bergantung kepada perubahan besar daripada UNRWA sendiri. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts