‘Dulu pernah benci Islam, kini sanggup mati demi Islam’

 

SHAH ALAM – Kisah perjalanan seorang gadis memeluk Islam telah menarik perhatian ramai terutama di laman sosial.

Gadis berasal dari Sabah bernama Nur Jacyntha Florentius berkongsi kisahnya di Twitter mengenai perjalanannya sebagai Muslim dan bagaimana terbuka hati untuk memeluk Islam.

Katanya bermula 2013, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah universiti, dia mula bergaul dengan orang Muslim dan melihat apa itu solat, berpuasa dan pelbagai lagi tentang agama Islam.

“Saya mula bandingkan agama Kristian dengan Islam. Saya membuat penyelidikan, saya tonton YouTube, saya tanya ustaz dan dari situlah saya tahu banyak tentang Islam.

“Dari tak tahu apa-apa pasal Nabi, saya jadi tahu. Siapa Nabi Muhammad SAW, siapa Nabi Isa. Saya juga mula muat turun aplikasi al-Quran pada telefon pintar, sekali baca, saya dapat lebih banyak info.

“Saya mula ikut kawan Muslim berpuasa, dari puasa tak penuh sampai lah puasa penuh pada 2018,” katanya.

Bercerita lanjut, katanya pada 2013, dia pernah bermimpi seseorang berjubah putih datang kepadanya dengan hulurkan al-Quran diminta untuk dibaca.

“Kali kedua pula, saya bermimpi terdapat seorang makcik mengajak saya ke masjid untuk bersolat. Sejak dua tahun lalu, saya baca al-Quran menerusi YouTube, setiap kali tidur, saya akan bertemankan bacaan al-Quran dan pastinya saya tidur lena. Alhamdulillah.” katanya.

Memahami Islam hampir tujuh tahun, akhirnya Nur Jacyntha tampil berani meminta izin keluarganya untuk peluk Islam dan tanpa disangka mereka sangat terbuka dengan perkara tersebut.

 

Dengan itu, Jacyntha berlapang dada mengucap dua kalimah syahadah dan bergelar seorang Muslim.

“Alhamdulillah selepas 7 tahun barulah berani nak bersua dan minta izin keluarga mahu peluk Islam. Mereka izinkan, syukur, ayah beritahu kalau apa yang saya rasa itu terbaik, dia tidak halang.

“Alhamdulillah selamat mengucap 2 kalimah syahadah, kini saya seorang mualaf,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Jacyntha juga pernah dikatakan membenci Islam namun hidayah itu datang tanpa disedari.

“Dulu saya pernah benci Islam tetapi lihat apa yang berlaku sekarang, saya sanggup mati kerana Islam.” katanya pantas menarik perhatian netizen.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Nur Jacynth, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai pandangan di Twitter miliknya.

“Sebak baca. Bila seseorang betul betul nakkan Islam, ALLAH pasti tunjuk jalan untuk dia.” ujar SD.

Kata Ilias Aiman, “Muslim dan bukan Muslim adalah umat Nabi Muhammad SAW, hidayah milik ALLAH. Semua layak untuk masuk ke syurga dengan izin ALLAH.”

Tambah Junaidah pula, “Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH SWT dan semoga diberikan dorongan dan juga panduan dalam mempelajari islam. Selamat datang kepada Islam, Allahuakbar.” Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts