Gaza diserang lagi!

 

GAZA– Walaupun gencatan senjata dilaksanakan, rejim pengganas Israel masih melancarkan serangan ke atas dua lokasi ketenteraan milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza, lewat malam Ahad.

Menurut agensi berita Anadolu, pesawat tempur Israel mengebom sebuah lokasi di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza dan di utara wilayah terkepung itu. 

Difahamkan, serangan berkenaan menyebabkan kerosakan terhadap harta benda awam di kawasan berdekatan

Bagaimanapun, tiada korban dilaporkan dalam serangan udara itu. 

Serangan berlaku setelah Israel memutuskan menyekat zon penangkapan ikan bagi nelayan Palestin di Gaza, sebagai tindak balas terhadap pelancar belon api di sempadan Israel-Gaza sehingga menyebabkan kebakaran di tiga lokasi. 

Pengeboman terbaharu berlaku dalam tempoh dua bulan selepas serangan Israel selama 11 hari ke atas Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 260 nyawa termasuk 66 kanak-kanak, selain kerosakan teruk pada infrastruktur serta perumahan di wilayah berkenaan. 

Laporan Penilaiain Kerosakan dan Keperluan Segera (RDNA) Gaza awal bulan ini mendedahkan, sejumlah AS$290 juta hingga AS$380 juta kerugian dialami Gaza akibat serangan 11 hari itu. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts