Himpunan Kebangkitan Ummah contoh perhimpunan aman terbaik: PDRM

 

JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata penganjur himpunan itu juga memberi kerjasama yang baik kepada polis sepanjang berlangsungnya himpunan berkenaan.

“Semalam, perhimpunan berjalan dengan lancar, baik dan mereka pun beri kerjasama.

“Antara yang saya lihat hadir termasuklah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dengan anggaran kehadiran antara 3,500 hingga 4,000 orang.

“Semua berjalan lancar dan ikut peraturan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

 

 

Beliau berkata, polis berada di lokasi himpunan itu bagi memudahkan kelancaran majlis dan memastikan keselamatan orang ramai.

“Bagi polis, kita memudahkan urusan mereka dan mereka juga beri kerjasama yang baik. Ini perhimpunan yang kita harap, mana-mana acara pada masa depan akan berjalan dengan cara begini.

“Kita akan mudahkan dan kita harap pihak penganjur juga patuh dengan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Himpunan Kebangkitan Ummah itu dihadiri pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Antara tuntutan mereka termasuklah membantah pertikaian kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Perhimpunan bertema ‘Malaysia Baharu Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam’ dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahu Akbar’. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
1 comment
  1. Dulu yg dok buat kacau UMNO. La ni depa pembangkang tak buat kacau dah di perhimpunan spt ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts