ISMA ajak orang ramai jayakan kempen Quran Sana Sini

 

BANGI – Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengajak orang ramai menjayakan kempen Quran Sana Sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ISMA berkata, kempen itu diadakan bersempena dengan sambutan hari Nuzul al-Quran pada Khamis.

ISMA berkata, kempen itu menggalakkan orang ramai melazimi budaya membaca al-Quran di mana-mana sahaja.

“Bacalah al-Quran di mana sahaja anda berada di rumah, di dalam kereta, di Jakel, di jalan TAR, bazar Ramadan, masjid mahupun di tempat kerja.

“Dan kongsikan gambar anda di media sosial dengan #QuranSanaSini,” katanya dalam hantaran di Facebook. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts