Yahya Ayyash – Kematian yang menghidupkan

Yahya Ayyash merupakan satu nama yang sangat popular tidak hanya di Palestin tetapi juga kepada pencinta pembebasan Palestin di seluruh dunia.

Yahya dilahirkan di Tebing Barat pada 6 Mac 1966 dan pernah memimpin al Qassam sebelum syahid pada 5 Jan 1996 di Gaza.

Semasa kecil, Yahya menerima anugerah kerana kebolehannya menghafal Al-Quran dan berbakat di bidang elektriktronik.

Yahya lulus di bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Bir Zeit pada 1988. Yahya menyertai al-Qassam pada 1992 dan terkenal sebagai pakar pembuat bom Hamas.

Beliau digelar “Sang Jurutera” ( المهندس, – al-Muhandis) oleh Israel kerana misi pengeboman yang dirancangnya telah menyebabkan kematian lebih 90 orang tentera Israel.

Tatkala dalam buruan Israel, Yahya berpindah randah dan berusaha melatih seramai mungkin jurutera baru untuk meneruskan kerjanya.

Pada Oktober 1995, Shin Beit, agen keselamatan Israel mendekati bapa saudaranya, Kamil Hamad untuk membantu membunuh Yahya melalui sebuah telefon bimbit yang telah dipasang 15 gram bahan peledak RDX.

Pada 5 Januari 1996, ayah Yahya menghubunginya. Sebaik menjawab panggilan itu,  sebuah pesawat Israel mendengar perbualan tersebut lantas menghubungi Shin Beit untuk segera meledakkan telefon dari jauh.

Seramai kira-kira 100,000 orang Palestin memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh pejuang al Qassam dengan menghadiri majlis pengkebumiannya

Pihak Berkuasa Palestin telah menamakan beberapa jalan dan dataran di Gaza dan Tebing Barat sebagai penghormatan kepada Yahya Ayyash.

Pada tahun 2021, Al Qassam telah menamakan roketnya yang paling canggih sebagai ‘Ayyash 250’ yang mampu terbang sehingga lebih 250 km.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts