Israel enggan pindah dana Qatar ke Gaza

 

GAZA – Negara haram Israel tidak akan meneruskan pemindahan bantuan kewangan Qatar ke Gaza, lapor agensi berita Sama.

Mengikut rekod, bantuan kewangan Qatar seharusnya tiba di Gaza pada minggu ini, tetapi kehadiran pengirimnya di wilayah itu telah menyebabkan ketegangan di Israel.

Sementara itu, laman web berita Walla melaporkan, mantan ketua Mossad, Yossi Cohen menegaskan, kebergantungan kepada dana Qatar adalah satu kesalahan dalam usaha mencapai kemenangan di Semenanjung Gaza.

“Kami berharap bantuan kewangan Qatar akan membawa penyelesaian dengan Hamas (Pergerakan Perjuangan Islam Palestin), namun keadaan tidak terkawal,” katanya.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan bahawa jumlah kematian akibat serangan rejim pengganas Israel di kawasan yang diduduki pada 10 hingga 21 Mei lalu adalah seramai 254 orangm

Jumlah itu termasuk 66 kanak-kanak, 39 wanita dan 17 warga emas, manakala 1,948 orang Palestin yang lain cedera. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts