Israel lulus AS$11 juta untuk penempatan haram Yahudi

 

TEL AVIV – Kabinet Israel meluluskan AS$11 juta pembiayaan untuk kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, dalam satu mesyuarat antara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan kumpulan Zionis.

Menurut akhbar harian Israel, Haaretz, Netanyahu mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan sebagai usaha mendapatkan sokongan mereka, susulan siasatan dua kes rasuah yang dijalankan terhadapnya.

Dalam pertemuan itu, kumpulan Zionis menggesa Netanyahu memberi lebih keutamaan terhadap rancangan penempatan haram Israel, kata laporan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel menafikan perkara tersebut termasuk pembiayaan yang diluluskan Kabinet itu.

Netanyahu sebelum ini disyaki terlibat dalam dua kes rasuah berasingan dan telah disoal siasat oleh pihak berkuasa sebanyak tujuh kali.

Pemimpin Israel itu dikatakan menerima hadiah mewah daripada ahli perniagaan. Bagaimanapun, Netanyahu menafikan semua dakwaan salah laku tersebut. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts