Jangan normalisasikan dosa berzina

  1. Adalah menjadi satu kebimbangan apabila unsur perbuatan terkutuk yang dilarang oleh Allah dijadikan lakonan bagi sebuah drama yang menjadi tontonan masyarakat.
  2. Lebih menyedihkan, lakonan sebegini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Kempen menjauhi zina ini sangat tegas di dalam al-Quran. Allah memerintahkan kita menjauhinya:

وَلا تَقرَبُوا الزِّنَى إنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk perlakuan.” (Surah al-Isra’: 32)

  1. Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan terkutuk ini sebagai perbuatan yang keji dan buruk, maka mengapa perlu kita melakonkan perbuatan tersebut yang secara tidak langsung menjadi medium promosi dan normalisasi perlakuan mungkar.
  2. Bukan sekadar dikeji oleh Allah, kempen menjauhi zina ini diperkasa melalui bimbingan Rasulullah. Rasulullah mendidik sahabat supaya menjauhi segala perlakuan yang boleh membawa kepada zina.
  3. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan. Sabda Rasulullah:

إذا ظهر الزنا والربا في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله

“Sekiranya berleluasanya perbuatan zina dan riba dalam sesuatu kawasan, maka mereka telah mengundang azab Allah kepada mereka.” (HR al-Tabrani, dihukum sahih oleh al-Albani).

  1. Jangan semata-mata kerana ingin melariskan produk kita, elemen keji dimasukkan sehingga ia menjadi normal dalam kalangan masyarakat. Jauhi zina.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts