Jawi tingkat kesedaran jenayah syariah


KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan Seminar Penerangan, Pencegahan dan Kesedaran Undang-Undang Syariah peringkat Wilayah Persekutuan pada Isnin.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, seramai 250 peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan swasta hadir ke seminar yang berlangsung di dewan serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesalahan jenayah syariah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

“Ia juga bagi memberikan penerangan kepentingan mewujudkan masyarakat yang selamat serta bebas daripada salah laku maksiat selain meningkatkan kesedaran kepada peserta untuk terlibat secara proaktif dalam membendung serta membanteras kesalahan jenayah syariah yang berlaku dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Wan Rohimi Wan Daud dan turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Jawi.

Mohd Ajib berkata, dua topik penting dibincangkan dalam seminar tersebut iaitu Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Mengikut Undang-Undang Jenayah Syariah: Satu Kajian disampaikan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.

Topik kedua pula membawakan Timbalan Pengarah Perbicaraan, Rayuan dan Penyelidikan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Mohamad Zakian Dio membincangkan Ajaran Sesat Mengikut Undang-Undang Jenayah Syariah: Implikasinya Terhadap Pelaku dan Masyarakat.

Beliau menjelaskan, sebarang kesalahan berhubung akidah seperti pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama, serta dakwaan palsu adalah tertakluk di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


Katanya, Jawi mengalukan mana-mana pihak tampil membuat aduan berhubung kesalahan tersebut melalui talian hotline atau ke kaunter bahagian penguatkuasaan bagi menjaga kesucian agama Islam. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
17
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts