Kalam Tokoh: Bendung fahaman lain

12654671_1222065811140846_5641936055550093764_n

 

Cadangan supaya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan wajar diberikan perhatian serius dalam usaha mengukuhkan syiar Islam di negara ini.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, cadangan berkenaan juga dilihat selaras dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurutnya, Ahli Sunnah Wal Jamaah juga mampu membendung penularan fahaman lain hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Kita sangat bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana hanya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah selamat dan mampu mengukuhkan lagi Artikel 3 Perlembagaan.

“Oleh itu, kita berharap cadangan berkenaan benar-benar serius dan akan dilaksanakan. Ia dapat membantu membendung penularan fahaman seperti Syiah, Liberalisme, Pluralisme dan Kristianisasi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Perdana Pembantu Tadbir di Masjid Idris Shah 11 (Masjid Negeri), semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai jaminan menjaga akidah umat Islam di negara ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Sayap Umno di ibu negara, kelmarin.

Zamri berkata, semua pihak tidak kira daripada Umno, Pas atau PKR wajib melaksanakan tanggungjawab menegakkan syiar Islam di negara ini termasuk juga mereka yang berada di luar parti politik.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts