Keistimewaan hari Arafah yang mesti kita tahu

  1. Hari Arafah merupakan hari yang sangat agung dan sangat penting. Di mana pada hari demikian Allah dan para malaikat sangat dekat dengan kita. Bahkan pada hari itu diperkenankan segala doa, diampunkan dosanya dan juga dibebaskan padanya api neraka.

ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hamba-Nya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” [Sahih Muslim]

  1. Hari Arafah sangat jelas dan maklum waktunya berbanding dengan malam lailatul qadar yang mana waktunya dirahsiakan oleh Allah SWT
  2. Kita disunatkan untuk berpuasa bagi yang mampu pada Hari Arafah. Kerana pada hari tersebut Allah akan menghapuskan dosa-dosa mereka.

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada Hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim]

  1. Kita juga digalakkan memperbanyakkan zikir tahlil, tasbih dan takbir

Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Dan zikir yang paling baik adalah zikir

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

  1. Doa pada Hari Arafah adalah sebaik-baik doa. Hidupkanlah hari kita dengan mengisi waktu untuk memperbanyakkan doa dan memohon keampunan dari Allah SWT

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi : 3509]

  1. Marilah kita bersama menghidupkan jiwa dan iman pada Hari Arafah, sepertimana para salafussoleh juga menghidupkan Hari Arafah

منهم من كان يغلب عليه الرجاء: قال عبدالله بن المبارك: جئت إلى سفيان الثوري عشية عرفة وهو جاثٍ على ركبتيه، وعيناه تذرفان فالتفت إلي، فقلت له: من أسوأ هذا الجمع حالاً؟ قال: الذي يظن أن الله لا يغفر له

(كتاب لطائف المعارف)

Ada di antara mereka orang yang tinggi pengharapannya kepada Allah.

Abdullah bin Mubarak pernah bertanya kepada Sufyan At-Thauri pada malam Arafah; “Siapakah yang paling teruk keadaan dirinya pada hari ini?” Jawab Sufyan At-Thauri dalam keadaan berlinangan air mata, “Mereka yang menyangka Allah tidak menghapuskan dosanya”.(Kitab Lathaiful Maarif)

Justeru, mari kita mengisi detik-detik yang sangat berharga pada Hari Arafah dengan memperbanyakkan zikir, doa dan amal ibadah. Rugilah bagi mereka yang mensia-siakan waktu keemasan ini. Ajak juga ahli keluarga untuk turut bersama merebut peluang ini.

Moga kita semua tergolong dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa

Ustazah Nur Anis bt Bahrin
Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts