Martabatkan syariah dalam aspek perundangan dan kenegaraan

Islam seharusnya difahami secara syumul atau menyeluruh dan ia bukan bersifat ritual semata-mata. Islam juga bukan berkisar di sekitar isu halal haram sahaja tetapi merangkumi aspek perundangan dan kenegaraan.

Naratif ini perlu difahami oleh seluruh masyarakat di Malaysia, bukan hanya yang beragama Islam tetapi juga warganegara bukan Islam.

Terlalu banyak salah faham terhadap Islam yang disebarkan melalui sentimen Islamofobia, Terrorisme, Ekstrimisme dan sebagainya yang dirancang dengan begitu rapi dan disebarkan dengan penuh konsisten oleh musuh Islam.

Keputusan kes-kes di mahkamah yang tidak menyebelahi Islam juga menunjukkan ada kelompongan-kelompongan dalam sistem perundangan negara yang diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan nilai-nilai yang menyalahi norma masyarakat. Antaranya adalah ideologi asing yang kian bermaharajalela seperti ‘universal values’, LGBT dan banyak lagi.

Oleh itu, kefahaman dan kesedaran dari kalangan umat Islam perlu dipertingkatkan agar terus merasa ‘izzah dan berbangga dengan keislaman mereka dan dapat mempertahankan agama Islam yang mulia di tanah air yang tercinta ini.

Dalam mendepani isu-isu ini, sebuah Konvensyen Perundangan yang bertemakan Mengarusperdana Syariah telah dianjurkan oleh PEMBELA pada 30 Mac 2022. Isi kandungan ucaptama konvensyen ini yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, beliau menekankan tentang usaha-usaha praktikal yang boleh dilaksanakan dalam mengarusperdana Syariah. Antaranya adalah:

Pertama: Memperkasakan Khutbah Jumaat untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada umat Islam tentang kepentingan Syariah sebagai tunjang dan dasar negara. Khutbah Jumaat adalah wasilah untuk menyampaikan isu utama kepada umat.

Kedua: Menumpukan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam membuat semakan terhadap undang-undang negara, sama ada ia menepati Syariat atau tidak. Jawatankuasa Tetap dari kalangan Muslim perlu dilantik untuk dilibatkan dalam proses semakan berkaitan hal teknikal dalam perundangan.

Ketiga: Mematuhi pemimpin dan pihak berkuasa. Mentaati pimpinan adalah wajib selagi mana tidak bertentangan dengan Syarak. Memberi kritikan kepada pimpinan dibolehkan selagi mana bukan dengan niat untuk menjatuhkan.

Empat: Mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah. Bilangan jemaah Solat Subuh seharusnya seramai Solat Jumaat. Kesatuan dan perpaduan umat Islam bermula dengan solat berjemaah.

Pastinya semua usaha-usaha ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan pelbagai pihak. Oleh kerana itu, para pakar perundangan, hakim-hakim, ulama, ahli akademik dan NGO Islam perlu berganding bahu dalam memperjuangkan Syariah dalam sistem perundangan negara.

Justeru, MUIS menyokong dan mendokong penuh usaha PEMBELA dan semua organisasi yang bermatlamat memartabatkan Syariah. Konvensyen Perundangan yang bertemakan Mengarusperdana Syariah menjadi titik tolak dalam mengangkat Syariah sebagai dasar perundangan negara ini.

Ustazah Nur Fatin binti Halil
Ketua Wanita
Sekretariat MUIS

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts