Kalimah Allah: Pertubuhan Islam serah memorandum sokong Sultan Johor

 

JOHOR BAHRU – Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri Johor pada Isnin telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhubung isu kalimah Allah 2.0.

Memorandum itu merupakan sokongan penuh kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan dan ditegah.

Selain itu, ia juga adalah lanjutan daripada inisiatif Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang mendesak supaya isu kalimah Allah mendapat sokongan meluas daripada umat Islam, seterusnya akan memberi mesej kepada pihak mahkamah bagi prosiding rayuan yang bakal dijalankan kelak.

Memorandum diserahkan oleh wakil PEMBELA Johor yang Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor, Mohd Tahir Hamdan kepada Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan memorandum adalah Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Hadi sama 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Malaysia (I-Medik) Negeri Johor, Aman Palestin Johor, Majlis Belia Negeri Johor, Pertubuhan Si’rah Malaysia Negeri Johor, Pertubuhan Panji Iman Semalaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Johor serta Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah Negeri Johor.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan solat, Kaabah dan Baitullah adalah dibenarkan kepada orang Kristian.

Keputusan kes itu, mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.

Isu berkenaan mendapat perhatian Sultan Ibrahim yang bertitah bahawa, kalimah Allah adalah kalimah yang dikhususkan secara eksklusif kepada masyarakat Islam.

Sehubungan itu, baginda bertitah bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan perundangan.

Titahnya, kalimah Allah adalah nama yang khusus kepada tuhan yang disembah oleh umat Islam.

“Nama Allah ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam,” titahnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts