Kekalahan Yahudi 1973, adakah sejarah bakal berulang selepas 50 tahun?

Sejarah berulang setelah berlalu 50 tahun. Tarikh kemuliaan umat tercipta pada 6 Oktober 1973 apabila mujahidin Islam Mesir menghancurkan bala tentera Yahudi di Sinai Mesir.

Hancur benteng Barlive yang disangka benteng granit terkukuh… rupanya hanya benteng susu, kata Mosye Dayan (mata sebelah) yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan Yahudi. 

6 Oktober 2023, sejarah berulang. Drone Yahudi buatan tercanggih USA buta sistemnya.

Kekalahan Yahudi tahun 1973, telah menggugat ekonomi dunia. Senjata petrol telah melumpuhkan ekonomi dunia. Ada negara bekalan petrol hanya untuk 3 hari sahaja. Jika tidak kerana ketua sebuah negara Arab yang langgar perjanjian antara negara- negara Arab supaya tidak eksport petrol , dunia Barat dan Timur akan lumpuh.

6 Oktober 2023, Taufan al-Aqsa akan memberi kejutan baru buat dunia keseluruhannya. Taufan al-Aqsa tidak berlalu untuk jangka masa pendek dua tiga hari tetapi berkemungkinan ianya boleh merubah landskap politik dunia. Umat Islam keseluruhannya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Dunia dalam kebingungan. Kuasa besar kelu. PBB masih terhegeh-hegeh ibarat bangkai hampir mereput. Kejutan Taufan al-Aqsa satu kejutan besar untuk seluruh manusia yang angkuh dan sombong dengan kekuasaan Allah.

Jangan pandang rendah kepada kekuatan umat Islam yang dianggap lemah oleh Barat dan kuncu-kuncunya.

Kekuatan anak-anak Palestin adalah janji Rasulullah SAW bahawa bumi ini akan diwarisi oleh pejuang pejuang yang mempertahankan kedaulatannya.

Di Israel sekarang kaum kerabat tentera Yahudi yang ditawan Hamas menangis dan mengeji Benyamin Nentayahu dan menyeru supaya kembalikan keluarga mereka.

Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts