Kerajaan Terengganu sedia laksana hudud dan qisas

Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu bersedia melaksanakan hukum hudud dan qisas terhadap umat Islam di negeri ini sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, pelaksanaan hukuman itu tidak mustahil kerana Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sudah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.

“Sebagaimana kita sedia maklum, kerajaan Pas dahulu pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempat mewartakan Rang Enakmen untuk Negeri Terengganu termasuk kanun syariah ada 2002.

“Setakat ini, sebahagiannya sudah berjalan mengikut bidang kuasa atau peruntukan undang-undang sedia ada antaranya takzir dan sebagainya, ada pun yang membabitkan hudud dan qisas, kita sedang menunggu kelulusan RUU 355.

“Kita sedia maklum ada bab undang-undang yang diselia di peringkat persekutuan dan sekiranya diluluskan RUU355, Insya-Allah, bila-bila masa sahaja pihak kita boleh meluaskan pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata, pihaknya perlu meneliti ruang lingkup hudud dan qisas kerana tidak mahu menimbulkan kontroversi, selain menunggu kelulusan RUU 355.

“Setakat ini, peruntukan (hukuman di bawah kesalahan jenayah takzir) tiga, lima, enam (membabitkan hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan) diguna pakai dahulu,” katanya.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri dalam proses menaik taraf mahkamah syariah di seluruh negeri supaya lebih kondusif untuk pelaksanaan hukuman kelak.

“Terengganu kini dalam persiapan ke arah itu dan mahkamah syariah bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan apa yang akan diperintahkan atau yang akan diluluskan berdasarkan bidang kuasa peruntukan undang-undang.

“Beberapa bengkel diadakan membabitkan bahagian penguatkuasaan, jabatan pendakwaan dan hakim syarie bagi meneliti penambahbaikan terhadap hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang jenayah syariah itu,” katanya. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts