Galakan berpuasa di bulan Muharram

  1. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menjelaskan kepada kita tentang kelebihan berpuasa di bulan Muharram. Sabda Rasulullah ﷺ:

أفضَلُ الصِّيامِ بعد رمضانَ شَهرُ اللهِ المُحَرَّمُ

“Sebaik-baik puasa selepas daripada puasa di bulan Ramadan adalah puasa di bulan Muharram” (HR Muslim)

  1. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Hafiz Ibn Rajab menjelaskan bagaimana Rasulullah ﷺ menyandarkan bulan Muharram dengan panggilan bulan Allah, ia menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa.
  2. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, bulan Muharram adalah bulan yang terbaik untuk diperbanyakkan puasa sunat. Kata beliau:

قَالَ ابْنُ حَجَرٍ: قَالَ أَئِمَّتُنَا: أَفْضَلُ الْأَشْهُرِ لِصَوْمِ التَّطَوُّعِ الْمُحَرَّمُ

“Dan berkata Ibn Hajar: Para Imam kami menjelaskan bahawa bulan yang terbaik untuk menunaikan puasa sunat adalah puasa pada bulan Muharram.

  1. Manakala Mulla Ali al-Qari pula menjelaskan bahawa hadis ini seakan-akan merujuk kepada puasa hari Asyura nanti. Namun secara zahirnya, teks (matan) hadis ini merujuk secara umum kepada keseluruhan masa dalam bulan Muharram. (Mirqah al-Mafatih)
  2. Perbanyakkan amalan berpuasa di dalam bulan Muharram seperti yang disebutkan oleh Baginda Nabi ﷺ.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts