Lelaki muslim dipenjara hanya kerana laung azan di masjid usang

Seorang lelaki muslim ditangkap dan dipenjara di Uttar Pradesh, India hanya kerana melaungkan azan di sebuah masjid usang berusia 250 tahun di Shamli.

Menurut Times of India yang memetik pegawai polis Shamli, individu itu dikenali sebagai Umar Qureshi dan dikatakan berusia sekitar awal 20-an.

Katanya, dia ditangkap dan dituduh menggalakkan permusuhan berikutan aduan yang difailkan oleh wakil ketua kampung tempatan.

“(Dia) pergi ke tapak yang tidak digunakan pada Jumaat untuk menunaikan solat, (di mana) melanggar perintah British 1940 yang menetapkan bahawa struktur itu tidak boleh dimusnahkan orang Hindu dan orang Islam harus menahan diri daripada berdoa di tapak itu,” kata laporan.

Pegawai polis mendakwa, walaupun struktur itu, sebahagiannya runtuhan dan masih wujud hari ini, masyarakat majoriti Hindu mengaitkannya dengan raja Manahar sementara penduduk muslim pula menganggapnya sebagai masjid.

Status masjid bersejarah itu telah menjadi isu perbalahan dan politik di India, sejak pemusnahan Masjid Babri era Mughal pada 1992 oleh nasionalis Hindu yang dikaitkan dengan parti pemerintah ketika ini, Parti Bharatiya Janata (BJP).

Masjid yang dinamakan sempena nama pemerintah Mughal pertama Babur itu didakwa dibina di tempat kelahiran tuhan Hindu, Rama.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts