Lelaki naik basikal dari China ke Mekah untuk tunai haji

1622256200

 

MANAMA, Isnin – Seorang lelaki warga China beragama Islam sanggup mengayuh basikal dari negaranya ke Arab Saudi untuk menunaikan fardhu haji.

Mohamad, dilaporkan menunggang sejauh 8,150 km dari rumahnya di Xinjiang, barat laut China ke bandar Taif, Arab Saudi.

Memetik laporan berita tempatan sebagai berkata, ketibaan Mohamad disambut khas oleh kelab berbasikal Taif dan mengiringinya dari bandar itu ke Makkah.

“Kami kelab berbasikal pertama di Arab Saudi untuk menyambut kedatangan Mohamad, dan berharap dapat memperkenalkannya dengan bandar-bandar di sini,” kata Ketua Kelab Taif, Nayef Al Rawas.

Sebelum ini, Pentadbiran Negeri China bagi Hal Ehwal Agama (SARA) berkata, dianggarkan 14,500 rakyatnya beragama Islam akan menunaikan haji pada tahun ini.

Sumber : ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts