Polis perlu siasat fitnah aktivis LGBT terhadap institusi Islam

 

NUMAN Afifi yang mengaku secara terbuka bahawa beliau merupakan seorang gay dan juga aktivis LGBT sekali lagi mencetuskan huru-hara apabila memuatnaik gambar tidak lengkap berkenaan penulis dan panel garis panduan identiti gender untuk klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia. Seolah-olah barisan panel hanya dalam kalangan pegawai agama daripada Jakim dan Jawi walhal senarai penuh panel terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang termasuk syariat Islam.

Ini merupakan tindakan yang memalukan dan tidak selayaknya beliau digelar pejuang atau aktivis kepada golongan LGBT ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebencian Numan terhadap institusi Islam dan niat jahat beliau untuk memburuk-burukkan institusi yang sudah sekian lama menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia.

Numan Afifi sebelum ini juga melemparkan fitnah kepada Institusi Islam di persidangan antarabangsa di Geneva dengan mengatakan program-program pemulihan LGBT yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam adalah satu bentuk ‘state sponsored violence’ dan menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia. Sebenarnya, program-program yang dianjurkan bersifat sukarela dan tiada rawatan yang bersifat paksaan dikenakan kepada peserta.

Perkara ini merupakan fitnah yang jelas terhadap institusi agama di Malaysia. Lebih mendukacitakan apabila Menteri Luar, Saifuddin Abdullah seakan-akan menyokong pula tindakan ini apabila membantah penahanan Numan oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Menteri Agama, Mujahid Rawa pula diam seribu bahasa walaupun agensi atau jabatan di bawah seliaan beliau difitnah dan diserang sebegitu rupa.

Situasi inilah sebenarnya yang menunjukkan Islam seperti dibuli di era Malaysia Baru ini. Menteri-menteri diam seribu bahasa dan terlalu sibuk bermain politik. Akhirnya, umat Islam dan institusi Islam menerima padah dan terus diserang tanpa pembelaan.

Azizah Che Awang
Ketua Wanita Berjasa

Sumber: berjasa.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts