Penuntut tahun akhir UTeM huffaz pertama menerusi program Tahfiz al-Quran

Melaka – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila telah berjaya menghasilkan huffaz pertama khatam hafazan 30 juzuk al-Quran.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Raha Abdul Rahim mengucapkan kesyukuran dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas pencapaian ini.

“Kejayaan UTeM menghasilkan huffaz pertama ini adalah menerusi program Pengajian Tahfiz al-Quran di universiti ini yang telah dijalankan bermula pada 2016/2017 menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pencapaian ini sekali gus menjadikan UTeM sebagai universiti pertama dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang telah berjaya menghasilkan huffaz,” jelasnya.

Pelaksanaan program persijilan ini tambahnya lagi adalah untuk melahirkan mahasiswa teknikal yang mampu menghafal al-Quran dalam tempoh pengajian mereka di UTeM.

Para penuntut yang mengikuti program ini dibimbing untuk menghafal al-Quran dengan sistem yang disusun JAKIM yang mana mereka dianugerahkan Sijil Tahfiz Darul al-Quran di samping penganugerahan Ijazah Sarjana Muda program yang diikuti oleh pelajar di UTeM.

Huffaz pertama UTeM adalah Nur Irdina Mohamed Diah yang merupakan penuntut tahun akhir dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

Nur Irdina secara rasminya bergelar huffaz pertama UTeM sempena majlis khatam hafazan 30 juzuk al-Quran yang diadakan pada 28 Jun lalu di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Program Persijilan Tahfiz Al-Quran ini yang bermula pada Sesi 2016/2017 ini dikendalikan oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dengan kerjasama Pusat Islam UTeM serta dipantau di bawah Darul Quran, JAKIM.

Semoga terus istiqamah, berjiwa rabbani dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat di samping menjadi pemangkin dan inspirasi kepada yang lain untuk lebih ramai lagi huffaz di dalam bidang teknikal yang ditawarkan di UTeM. – kampusuols

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts