Liberalisme adalah cabang fitnah Dajjal

 

DARIPADA Imran bin Hushain RA, Rasulullah SAW bersabda:

من سمع بًالدجال فلينأ عنه ، فوالله إن الرجل ليأتيه وهو يحسب أنه مؤمن فيتبعه مما يبعث به من الشبهات ، أو لما يبعث به من الشبهات

“Sesiapa yang mendengar tentang Dajjal maka hendaklah dia menjauh darinya, kerana demi Allah, sesungguhnya akan ada seseorang lelaki yang mendatanginya dan menyangka Dajjal itu seorang yang beriman lalu dia mengikutinya kerana hebatnya syubhat yang dia bangkitkan, atau kerana syubhat yang dia tebarkan.”

(HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dan isnadnya sahih oleh Syuaib al-Arnaout)

Antara tipu daya dan fitnah Dajjal yang Rasulullah SAW sebutkan adalah dia akan dilihat seperti orang beriman tetapi menyebarkan syubhat-syubhat lalu menyesatkan manusia.

Inilah yang sering dilakukan oleh pendokong liberalisme, atau lebih khusus kita katakan golongan muslim liberal, atau disebut juga ‘muslim moderat’ dan ‘muslim moden’.

 

 

Mereka mengaku beriman tetapi sentiasa menyebarkan syubhat terhadap Islam itu sendiri, mempertikai perkara usul dalam agama, membuat tafsiran al-Quran dan hadis mengikut hawa nafsu, bahkan ingin mengubah ayat al-Quran itu sendiri mengikut kaedah hermeneutika.

Akhirnya agama ini sama ada menjadi aqidah tanpa syariah (hanya perlu percaya kepada tuhan tanpa perlu melakukan ketaatan) ataupun syariah tanpa aqidah (hanya melakukan ritual tetapi tiada keimanan dalam hati, bahkan membenarkan pluralisme dan ateisme).

Inilah ‘cabang’ daripada fitnah Dajjal yang kita perlu hadapi, mampukah kita hadapi tipu daya Dajjal sebenar yang mampu mengubah realiti, jika dengan cebisan ini kita sudah tewas?

Perkasakanlah ahli keluarga dan masyarakat dengan fahaman aqidah Islam yang sebenar.

Ya Allah lindungilah kami dari fitnah akhir zaman.

Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts