Mengaku zina, liwat boleh dihukum: Mufti Negeri Sembilan

 

PENGAKUAN sukarela melakukan zina dan liwat tanpa paksaan sudah memadai untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata, pengakuan melakukan perbuatan itu sudah boleh digunakan sebagai bukti kukuh bagi menentukan hukuman terhadap pelakunya.

Bagaimanapun, katanya, pengakuan itu perlulah konsisten dan siasatan lanjut perlu dilakukan sebelum tindakan diambil.

“Dari segi hukumnya, sudah boleh disabit kesalahan apabila seseorang itu mengaku. Namun, pengakuan pertama itu perlu penyiasatan dan kalau masih mengaku walaupun beberapa kali siasatan dilakukan barulah boleh dihukum.

“Mengikut undang-undang kesalahan zina (dan liwat) hukumannya boleh dikenakan sebatan dan jika mengikut cara Islam adalah rejam,” katanya.

 

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan restoran Nasi Kandar Liga Maju di Seremban 2, Seremban, hari ini.

Mohd Yusof memberi reaksi itu selepas diminta mengulas mengenai pengakuan dibuat Haziq Abdullah Abdul Aziz melakukan hubungan sejenis menerusi rakaman video yang dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Menurut beliau, bagi kes Haziq itu pihak berkuasa perlu meneliti terlebih dahulu pengakuan berkenaan sama ada dilakukan dengan kerelaannya dan disahkan sebelum dilaksanakan hukuman.

Haziq, 27, sebelum ini mengaku terbabit dalam video lucah dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tersebar luas di media sosial.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya pembabitan dalam video itu dan menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat serta kejam. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Nauzubillah mudah mudahan dijauhkan kita dari perkara keji dan mungkar ini. TAKUTLAH AZAB ALLAH
    Terima kasih uztaz kerana memberi pencerahan dan penjelasan yang jelas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts